Aduhai Isteri
By:"Muhamad Mat Yakim"
Published on 2013 by Alaf 21
Bukan bertujuan mahu membakar semangat perkauman. Bukan juga untuk menegakkan benang yang basah mahupun melancarkan perang antara gender. Justeru, jika berlaku Perang Dunia di mana-mana, jangan salahkan ADUHAI ISTERI. Jangan ada sesiapa yang menyangka bahawa hadirnya ADUHAI ISTERI ini adalah untuk menggalakkan pertelingkahan antara suami dan isteri atau sengaja membesar-besarkan jurang perbezaan. ADUHAI ISTERI sekadar berkongsi kisah agar sama-sama dapat memperbaiki diri. Dalam sesebuah perhubungan, kita harus berterus terang tidak kira sebagai suami, isteri mahupun kekasih. Jangan simpan keburukan di bawah karpet kerana sikap itu lama-kelamaan hanya akan membikin karpet bertukar reput. ADUHAI ISTERI adalah semata-mata kompilasi kisah pengalaman suka duka, pahit manis yang melibatkan orang biasa dan diceritakan semula oleh orang biasa. Yang menjadikannya luar biasa hanyalah kerana cerita-cerita biasa ini diberi perhatian yang luar biasa.
This Book was ranked 24 by Google Books for keyword buka facebook.