RINDU SYAHADAH-MU
By:"RAIHAN ZAFFYA"
Published on 101-01-01 by Alaf 21
Qistina Alia gadis berdarah Inggeris merasakan ada sesuatu yang pincang dalam kehidupannya. Kemewahan yang melimpah tidak memberi makna buatnya. Dia perlukan kasih sayang ibu bapanya yang tidak pernah ditemui sejak 19 tahun. Lantaran itu, dia nekad untuk mencari jawapan siapa ibu dan ayahnya yang sebenarnya. Dalam pencariannya, Qistina terpaksa melalui pelbagai konflik yang menguji diri. Paling hebat apabila keimanannya menjadi taruhan oleh orang yang tidak dikenali. Gadis yang masih rapuh iman itu cuba untuk bertahan. Hinggalah suatu ketika, dia benar-benar tercabar tatkala diculik dan dikurung di sebuah tempat yang terlalu asing. Di situlah, dia menyedari bahawa akidahnya sedang dipermainkan. Kehadiran doktor muda, Rian Hazriq telah menjadi penguat semangat Qistina. Jejaka itu bukanlah seorang ustaz atau orang alim yang menjadi dambaannya, tetapi setiap kata Hazriq yang telah mengusik perasaannya. Ketika kehilangan Qistina yang penuh misteri, Hazriqlah yang paling bimbang. Dia berusaha untukmencari gadis itu. Ada sesuatu yang mahu disampaikan kepadanya. Ia adalah tentang suara hatinya. Hazriq amat gusar seandainya semua itu terlewat.
This Book was ranked 12 by Google Books for keyword buka facebook.